Wednesday, February 9, 2011

regarding protege events



Permulaan Bermula

Setelah tertubuhnya (TIBA) iaitu Nama asal bagi label ini yang bermaksud Terengganu Indiependence Bands. Matlamat asal label ini adalah untuk cuba menghidupkan kembali Scene Muzik Underground di Kuala Terengganu. Maka pada tanggal 18 March 2009 merupakan percubaan pertama yang dilakukan dengan mengadakan satu siri gigs di Ibai Golf Country Resort dengan Menampilkan Band-band Terengganu. Gigs Tersebut dinamakan (TIBA GIGS) dan penerimaan orang ramai terhadap gigs tersebut amatlah memberangsangkan. Pelbagai komen-komen yang positif yang diterima yang memarakkan lagi semangat untuk mengadakan Gigs-gigs yang akan datang. 

Gigs yang kedua dilakukan pada 15 Ogos 2009 di Dewan Seri Budi Kuala Terengganu dan gigs yang kedua itu dinamakan TIBA GIGS VOL 2. Kedatangan crowd-crowd yang terdiri daripada kalangan muda-mudi amat lah memberangsangkan dan kebanyakkan daripada mereka mula member cadangan supaya memasukkan band-band daripada luar Terengganu untuk turut serta di dalam slot-slot gigs yang akan datang.

Setelah memikirkan dengan teliti dan berharap label ini akan lebih diterima dan dikenali bukan sahaja pada scene di Terengganu bahkan di luar daripada negeri Terengganu, label ini telah menukarkan nama nya kepada protégé image pada bulan yang sama. Dan secara rasminya mengunakan nama ini pada gigs Nasi Dagang Raya pada tarikh 26 September 200
      




Setelah berada penukaran nama tersebut pihak Protégé Image telah banyak menganjurkan gigs-gigs di Kuala Terengganu pada tahun seterusnya dan oleh juga pernah bergabung dengan label-label / organiser - organiser luar seperti Historix Record, Gegey Music, serta mangadakan mini konsert bersama-sama dengan pihak UMT, Terengganu.

Untuk tahun 2011 merupakan titik pembaharuan didalam label ini. Bagi memantap kan lagi label ini. Label ini menambahkan perkataan entertainment dan berharap akan dapat terus memantapkan lagi label ini. Protégé Image Entertainment, telah didaftarkan menjadi sebuah syarikat yang bukan sahaja tertumpu pada Gigs tetapi juga Event, Entertainment, dan macam-lagi. Juga label ini di dalam perancangan jangka panjang untuk berkerjasama dengan dua buah label dari kuala Lumpur iaitu KONSEMA (Komuniti Sentuhan Remaja) dan juga Pulse Rock Record yang mana di harap akan dapat melakukan lebih banyak event pada masa hadapan. Juga tidak lupa kepada label By Heart Clan iaitu sebuah label Nasyid yang mana diharap akan dapat melakarkan suatu fenomena yang menarik didalam scene nasyid tanah air.

Juga pada tahun 2011, pihak Protégé Image Entertainment telah bersetuju untuk menerima penyertaan sebuah lagi label (Cakes Community) daripada kemaman, Terengganu bernaung di bawah label ini. Dengan penyertaan label ini diharap akan mengukuhkan lagi jenama protégé image entertainment kepada orang ramai dan diharap dapat melakukan lebih banyak gigs-gigs, mini konsert dan sebagainya serta melakukan suatu aktiviti yang menarik dan unik. Label ini juga telah menerima 3 buah band yang berlainan genre untuk bernaung dibawah label ini iaitu Blood Fever (Kelantan) Centbox (Terengganu) dan Remorsed Of The Cursed (Kemaman, Terengganu).

2011 merupakan tahun yang menarik serta satu percubaan bagi sebuah label tempatan daripada Terengganu untuk menjadi sebuah label yang kukuh serta mempunyai penjenamaan yang bagus serta dikenali ramai. Diharap semua pihak diluar sana dapat terus menyokong label ini dan juga pada mana-mana pihak yang ingin berkerjasama bersama label protégé image entertainment boleh menghubungi kami dengan menghantar email kepada protégé.image@yahoo.com.


Tuesday, February 8, 2011

Welcome to protege image entertainment

 
PROTÉGÉ IMAGE ENTERTAINMENT

PROTÉGÉ IMAGE ENTERTAINMENT ADALAH SEBUAH LABEL YANG BERASAL DARIPADA TERENGGANU DAN TELAH PUN DITUBUHKAN PADA AWAL TAHUN 2008. PROTÉGÉ IMAGE ENTERTAINMENT DIASASKAN OLEH EKAY KHAIRUL DAN JUGA DIBANTU OLEH RAKAN-RAKAN BELIAU. SEAWAL PERTUBUHAN, LABEL INI DIKENALI SEBAGA TIBA (TERENGGANU INDIEPENDACE BANDS) TETAPI MELIHAT AKAN PELUANG DAN JUGA SERTA MAHU MEMPERLUASKAN LABEL INI YANG TIDAK TERHAD KEPADA TERENGGANU SAHAJA, LABEL INI TELAH PUN DINAMAKAN SEMULA SEBAGAI PROTÉGÉ IMAGE ENTERTAINMENT PADA AKHIR TAHUN 2008 SEHINGGA LAH SEKARANG.

TELAH BANYAK GIGS-GIGS ATAU MINI KONSERT YANG TELAH DIANJURKAN OLEH PIHAK PROTÉGÉ IMAGE ENTERTAINMENT DI KUALA TERENGGANU DAN SEBILANGAN NYA MENJADI ANJURAN TETAP TAHUNAN SEPERTI PROTÉGÉ CHAPTER YANG DIANJURKAN PADA AWAL TAHUN DAN JUGA GIGS SELEPAS RAYA (NASI DAGANG RAYA) YANG SEBELUM INI TELAH PUN DIASASKAN OLEH ORGANISER LAIN SEBELUM INI. PROTÉGÉ IMAGE ENTERTAINMENT JUGA PERNAH MENJADI PENGANJUR BERSAMA / SUPPOTERS KEPADA LABEL-LABEL LUAR YANG LAIN SEPERTI GEGEY MUSIC, HISTORIC RECORD DAN LAIN-LAIN.

TAHUN 2011 MERUPAKAN TITIK PERMULAAN DAN PERCUBAAN YANG PERTAMA UNTUK PROTÉGÉ IMAGE ENTERTAINMENT MELEBARKAN SAYAPNYA DILUAR TERENGGANU. DENGAN PERCUBAAN PERTAMA VALENTINECORE YANG DIJADUALKAN PADA TARIKH 12 FEBUARI 2011 DIHARAP AKAN DAPAT MEMBANTU LABEL INI DIKENALI OLEH ORANG RAMAI. PADA TAHUN 2011 JUGA PROTÉGÉ IMAGE ENTERTAINMENT TELAH MENERIMA SATU KOMUNITI LABEL (CAKES COMMUNITY ) DARIPADA KEMAMAN, TERENGGANU MASUK DAN BERNAUNG DI BAWAH LABEL INI. DIHARAP DENGAN GABUNGAN INI AKAN LEBIH MEMANTAPKAN LAGI PERANCANGAN PADA MASA AKAN DATANG. JUGA PADA MASA INI PIHAK PROTÉGÉ IMAGE ENTERTAINMENT TELAHPUN MENJALINKAN KERJASAMA YANG ERAT DENGAN LABEL-LABEL LAIN DARIPADA KUALA LUMPUR SEPERTI KONSEMA DAN JUGA PULSE ROCK DI DALAM PERANCANGAN USAHA SAMA PADA MASA YANG AKAN DATANG.

TERDAPAT 3 ARTIS / BANDS YANG TELAH BERNAUNG DI BAWAH LABEL PROTÉGÉ IMAGE ENTERTAINMENT IAITU REMORSED OF THE CURSED (KEMAMAN), CENTBOX (KUALA TERENGGANU) SERTA BLOOD FEVER (KELANTAN) DIMANA BAND-BAND INI MEMBAWA GENRE YANG BERLAINAN SEPERTI INDIE, ROCK DAN JUGA HARDCORE. KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN BAND-BAND INI BERAKSI BOLEH MENGHUBUNGI PIHAK PROTÉGÉ LABEL BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT.

PROTÉGÉ IMAGE ENTERTAINMENT TIDAK TERHAD KEPADA PENGANJURAN GIGS SAHAJA. TETAPI JUGA SEDIA AKTIF DIDALAM BIDANG EVENT DAN TELAHPUN DIDAFTARKAN SEBAGAI SYARIKAT EVENT DENGAN SSM MALAYSIA. MEMPUNYAI TENAGA KERJA YANG BERPENGALAMAN SERTA DAPAT MEMBERI HARGA YANG LEBIH MURAH DARIPADA SYARIKAT EVENT YANG LAIN MERUPAKAN SATU KEKUATAN YANG ADA KEPADA LABEL INI.

PERANCANGAN PADA MASA HADAPAN BAGI PIHAK ADALAH UNTUK MENGUKUHKAN LAGI NAMA PROTÉGÉ IMAGE ENTERTAINMENT SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT EVENTS DAN JUGA SEBAGAI SEBUAH LABEL YANG BERJAYA DAN SETANDING DENGAN LABEL-LABEL LUAR LAIN YANG TELAH PUN BERJAYA. AMIN…